SEJARAH IoT

Image result for sejarah iot
          Pada dasarnya fungsi awal Internet merupakan rangkaian komputer yang digunakan oleh para saintis dan penyelidik didunia untuk berkongsi maklumat yang kemudiannya diperluas peranannya sehingga menjadi satu medium yang penting untuk berhubung diabad ini. Selain itu Internet pada awalnya juga hanya digunakan oleh militeri – militeri kuasa besar seperti Rusia dan Amerika Syarikat sebagai peranan komunikasi. Selepas itu, University of California (UCLA) menggunakan jaringan internet diatas alasan bahawa dunia pendidikan juga merasakan penggunaan internet ini sangat penting bagi mempelajari dan mengembangkan jaringan komputer.

          Kevin Ashton adalah individu yang mencetuskan idea bagi memperkenalkan istilah Internet of Things atau lebih dikenali dengan singkatan nama IoT disalah satu pembentangannya sekitar tahun 1999 di Auto-ID Centre. Selain itu, Auto-ID Centre juga telah menemukan peralatan berasaskan RFID (Radio Frequency Identification) pada tahun yang sama dan penemuan ini dianggap sebagai lompatan yang besar didalam mengkomersilkan IoT. Secara amnya, IoT dapat ditafsirkan sebagai jalinan komunikasi diantara benda sekeliling / sekitar melalui sebuah jaringan internet. Sungguhpun menurut Sarma (2000), terdapat pendapat yang berlainan di dalam IoT daripada konsep asal yang dicadangkan oleh Kevin Ashton akan tetapi ia tidak merencatkan perkembangan IoT. Lihat sahaja syarikat – syarikat teknologi yang besar, masing – masing berlumba mengeluarkan teknologi terkini berasaskan konsep IoT seperti Amazon Web Services, AT&T, Cisco, Huawei, Microsoft, Intel dan Oracle. Syarikat –syarikat ini adalah diantara pelopor terbesar IoT pada masa kini.

          Permulaan penggunaan IoT adalah pada tahun 2000, apabila syarikat LG telah mengumumkan perancangan ciptaan mereka iaitu ‘The LG Internet Refrigerator’ yang mempunyai ciri – ciri yang hebat dalam sejarah peralatan dapur dengan spesifikasi 730 liter keluli tahan karat dan komputer yang terbina didalam bersama skrin LCD Monitor 37 inci.


 LG-Internet-Refrigerator-GR-D267DTU
 Model pertama peti sejuk berinternet LG pada tahun 2000.


           IoT terus berkembang pada tahun 2002 apabila David Rose iaitu pengasas Ambience Device Inc. telah mencipta ‘ The Ambient Orb’ yang berfungsi sebagai pemapar maklumat dari cuaca kepada laporan lalu lintas dan hubung kait dengan harga pasaran saham. Selepas itu pada tahun 2003, Radio Frequency Identification (RFID) telah diguna pakai secara besar – besaran oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dalam program Savi dan Walmart dalam dunia komersial. RFID adalah satu teknologi penyimpanan maklumat jarak jauh dan membaca tag RFID sebagai contoh kad yang menggunakan chip NFC.

          Pada sekitar tahun 2006 sehingga tahun 2008, IoT telah diiktiraf oleh Negara – Negara eropah dan satu persidangan IoT eropah buat julung kalinya telah diadakan. Persidangan tersebut telah mengumpulkan penyelidik dan pengamal dari sektor industri dan akademik bagi berkongsi hasil penyelidikan, aplikasi serta pengetahuan berkaitan IoT.

          Pada masa kini, bagi membolehkan sesebuah komputer beroperasi, atau teknologi Internet dapat dimanfaatkan sepenuhnya, maka sumbangan kepada isi kandungan Internet, kemasukkankemasukan data atau maklumat masih bergantung kepada manusia. Oleh itu, didapati hampir 50 petabytes (satu petabyte bersamaan 1,024 terabytes) data yang berada di Internet dimasukkan oleh manusia; melalui perkongsian dokumen, video, grafik, audio dan sumber-sumber lain ((Wikipedia, 2014). Namun, kelemahan manusia yang mempunyai masa yang terhad, perhatian dan ketepatan menyebabkan terdapat data tidak dapat di kumpul dengan baik pada setiap saat. Di sinilah bantuan IoT diperlukan untuk merekodkan data untuk dianalisis bagi kebaikan manusia akhirnya.

          Justeru, boleh dikatakan bahawa IoT secara amnya bermaksud menghubungkan peralatan (things) kepada infrastruktur Internet (wayar atau tanpa wayar) dan menggunakan perhubungan tersebut untuk memantau atau mengawal peralatan secara jarak jauh. Biasanya, IoT menawarkan perhubungan kepada peranti, sistem dan perkhidmatan yang dikenali sebagai komunikasi mesin ke mesin (machine-to-machine communications - M2M) yang melibatkan pelbagai protokol, domain dan aplikasi.

          Things atau peranti yang di maksudkan oleh IoT boleh merujuk kepada pelbagai jenis peranti seperti implan pemantauan jantung, transponder biochip pada haiwan ternakan, kereta yang dipasang sensor, atau peralatan yang digunakan oleh pihak bomba untuk tujuan mencari dan menyelamat. Di pasaran, terdapat sistem termostat pintar dan mesin basuh atau pengering yang menggunakan pemantauan secara tanpa wayar (wifi). Merujuk kepada Gartner terdapat hampir 26 bilion peranti akan berhubung yang dikenali sebagai Internet of Things menjelang 2020. ABI Research pula menjangkakan lebih daripada 30 bilion peranti akan berhubung secara tanpa wayar dan berhubung kepada Internet of Things (Internet of Everything) pada 2020.

          Menurut Wikipedia (2014), wearable computing (peranti yang dipakai seperti jam atau gelang) akan terdapat pada setiap manusia dan menjadi keperluan setiap mereka. Contohnya, peranti mengesan degupan jantung pengguna akan menghantar signal kepada pihak perubatan sekiranya didapati penggunanya mempunyai masalah dengan jantung dan memerlukan pertolongan dengan kadar segera. Maka, bantuan daripada pusat perubatan yang berdekatan boleh diberi dengan kadar segera. Teknologi Radio-frequency Identification (RFID) pula boleh dipakai oleh anak-anak semasa mereka keluar dari rumah. Teknologi RFID ini akan memaklumkan kepada ibu bapa di mana anak mereka berada. Contohnya, signal daripada jam RFID yang dipakai oleh anak-anak akan memberi notifikasi apabila mereka telah sampai ke sekolah.

No comments:

Post a Comment