CIRI-CIRI IoT

Image result for produk iot
                                                                                                     (Sumber: Google Images)

Produk berasaskan IoT telah mewujudkan satu persaingan yang baru. Syarikat teknologi bersaing diantara satu sama lain mengeluarkan produk berasaskan IoT. Permintaan yang tinggi oleh pengguna juga menjadi faktor pelbagai produk berasaskan IoT memenuhi pasaran semasa. Ketua Teknologi Strategik dari frog iaitu Carlos Elena-lenz, menyifatkan beberapa ciri – ciri yang menggambarkan produk IoT. Setiap ciri merangkumi satu set keupayaan yang boleh dimuat naik atau turun bergantung pada rangka dan keputusan yang dibuat dalam sesuatu reka bentuk.

  • Kepintaran (Intelligence)
Ciri kepintaran adalah diklasifikasikan sebagai ciri–ciri yang fundamental dalam sektor pembuatan produk berasaskan IoT. Ciri ini juga menjadi kayu pengukur sesuatu produk IoT yang dikeluarkan. Secara amnya, ciri sebegini memudahkan para penggunanya menggunakan sesuatu peranti atau gadjet. Sebagai contoh, Syarikat Nest telah mengeluarkan satu produk pintar yang dikenali sebagai Nest Smart Thermostat. Peranti thermostat ini akan melihat rutin sesebuah keluarga secara automatik dan akan menyesuaikan suhu berdasarkan ketika penghuni berada di rumah atau keluar, terjaga atau tidur, panas atau sejuk, untuk membuatkan kediaman lebih selesa dan membantu dalam penjimatan bil. Aplikasi mudah alih ini membolehkan aturan jadual diubah, menukar suhu apabila penghuni berada jauh dari rumah, serta menerima makluman apabila kelihatan seperti sesuatu yang kerosakan dengan sistem pemanasan atau penyejukan kediaman tersebut.


Image result for Nest Smart Thermostat
Nest Smart Thermostat peranti penjimatan

  •     Penyambungan (Connectivity)
Penyambungan dalam ciri ioT lebih menjurus kepada penyambungan rangkaian tanpa wayar yang dikenali sebagai Wi-Fi untuk keserasian capaian akses internet mahupun telekomunikasi. Wi-Fi (juga dikenali sebagai WiFi) merupakan piawai untuk rangkaian kawasan setempat tanpa wayar menerusi WLAN iaitu Wireless Local Area Network. Wi-Fi membenarkan alat elektronik untuk bertukar data atau bersambung ke internet dengan menggunakan gelombang radio 2.4 GHz UHF dan 5 GHz SHF. Penyambungan ini menghasilkan rangkaian ‘Accessibility’ dan ‘Compatibility’. Maksud ‘Accessibility’ ialah akses pada rangkaian manakala ‘Compatibility’ adalah keupayaan untuk menerima dan menghasilkan data.

Contoh produk IoT yang menggunakan ciri-ciri penyambungan ini adalah Wemo Switch Smart Plug. Peranti yang dibangunkan ini berfungsi bagi mengawal penggunaan perkakas elektronik secara tanpa wayar seperti lampu, pemanas, kipas, televisyen dan banyak lagi. Peranti Wemo Switch Smart Plug ini boleh dikawal melalui akses telefon pintar dan tablet tanpa langganan penggunaan hub. Peranti ini hanya menggunakan rangkaian capaian Wi-Fi dirumah bagi mengawal perkakasan elektronik. Pemasangan peranti ini juga sangat mudah dengan pasangkan Wemo Switch Smart Plug ke dalam soket elektrik, pasang peranti ke dalam Plug Smart, dan kawal peranti dengan hanya menggunakan aplikasi Wemo secara percuma. Wemo Switch Smart Plug juga boleh diubah aturan jadual seperti lampu dinyalakan pada waktu matahari terbenam, atau meramalkan jadual pencahayaan apabila pengguna berada di luar bandar untuk menjadikannya kelihatan pengguna berada di rumah.

Image result for : Wemo Switch Smart Plug
 Wemo Switch Smart Plug yang menggunakan teknologi IoT

  • Pengesanan / Sensor (Sensing)
IoT tidak sempurna tanpa sensor atau ciri pengesan yang akan mengesan atau mengukur sebarang perubahan dalam persekitaran untuk menghasilkan data yang boleh melaporkan sesuatu status bahkan ia boleh berinteraksi dengan alam sekitar. Teknologi sensing menyediakan cara untuk mewujudkan keupayaan yang mencerminkan kesedaran sebenar dunia fizikal dan orang-orang di dalamnya. Maklumat penderiaan dalam bentuk input analog dari dunia fizikal, tetapi dapat memberikan pemahaman yang berharga tentang dunia kompleks kita. Selain itu, sensor membolehkan perhubungan dunia fizikal dan digital yang membolehkan maklumat ‘real-time’ dikumpulkan dan diproses. Terdapat pelbagai jenis sensor untuk tujuan yang berlainan. Sensor mempunyai keupayaan untuk mengambil pengukuran seperti suhu, kualiti udara, kelajuan, kelembapan, tekanan, aliran, pergerakan dan elektrik.

Sebagai contoh Industri pembuatan kenderaan pada ketika ini telah menyertai International Consumer Electric Show (CES). Ini kerana hampir satu per tiga dari pameran tersebut tertumpu kepada sistem automatik yang digunakan pada kenderaan dan sensor padanya. Ia jelas terbukti apabila permintaan bagi pelbagai jenis sistem sensor dari pengeluar jenama kenderaan telah menurunkan harga kenderaan mereka serta menaik taraf teknologi sensor. Syarikat pengeluaran kenderaan yang besar seperti Honda, Toyota, BMW, Mercedes telah memperkenalkan teknologi sensor ini pada setiap pengeluaran model kenderaan mereka.

Honda-Sensing
Teknologi Honda Sensing yang diperkenalkan oleh Syarikat Honda.

  • Keselamatan (Safety)
Peranti IoT menawarkan faedah yang berpotensi kepada penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan awam, tetapi undang-undang dan tanggapan masyarakat perlu dipertimbangkan dengan teliti. Jelas, peranti IOT dan data yang dihasilkan dapat digunakan sebagai alat yang berkesan untuk memerangi jenayah. Sebagai contoh kamera pengawasan telah digunakan di dalam pertubuhan runcit untuk mengumpul rakaman video dan aktiviti pembeli yang terbukti bernilai sebagai bukti dalam jenayah pendakwaan dan sebagai penghalang kepada jenayah (Goforth, J., 2013). Seperti apa yang kita telah dapat manfaat daripada IoT, kita tidak boleh lupa tentang ciri-ciri keselamatan. Pencipta dan pengguna IoT perlu menitik beratkan berkenaan isu keselamatan. Ini termasuk keselamatan dari segi data peribadi dan keselamatan secara fizikal. Mengekalkan titik akhir, rangkaian, dan data yang bergerak merentasi semuanya bermaksud mewujudkan paradigma keselamatan yang berskala.

Dengan merangka reka bentuk IoT dengan ciri-ciri ini, pasukan multi disiplin boleh bekerja di seluruh domain mereka untuk membuat ‘tradeoff’ dalam reka bentuk interaksi, arkitek perisian, dan model perniagaan. Sememangnya satu produk atau perkhidmatan boleh memilih untuk mendail atau menyambung ciri-ciri ini bergantung pada jenis pengalaman pengguna dan kekangan yang dikenakan oleh faktor alam sekitar dan perniagaan.

Terdapat pelbagai teknologi yang dikaitkan dengan IoT yang memudahkan dan berfungsi dengan baik. Teknologi IoT yang mempunyai ciri-ciri diatas dapat mencipta nilai dan menyokong aktiviti manusia sekaligus meningkatkan keupayaan rangkaian IoT dengan kerjasama bersama dan menjadi sebahagian daripada sistem keseluruhan. Salah satu produk yang dihasilkan melalui ciri-ciri keselamatan IoT adalah Canary Smart Security System (Canary) yang dibangunkan oleh Syarika Canary. Canary dapat mengesan pergerakan jika ada pencerobohan dan menghantar pemberitahuan terus kepada telefon pintar pengguna. Canary menggabungkan video, audio, pengesanan pergerakan, penglihatan malam, bunyi siren, dan kualiti udara, suhu, dan kelembapan dalam satu peranti yang boleh dikendalikan menerusi telefon pintar.


Canary sistem keselamatan yang sempurna didalam satu peranti

  • Tenaga (Energy)
Tenaga adalah sumber yang amat penting bagi teknologi IoT dan tanpa sumber tenaga ia tidak akan membawa sesuatu ciptaan itu berhasil. Pengambilan tenaga, kecekapan tenaga dan pengisian dalam infrastruktur adalah bahagian yang perlu diwujudkan dalam pada masa perkembangan IoT. Menguruskan tenaga dengan cekap dan memeliharanya secara bijak penggunaanya adalah sangat penting. Penggunaan tenaga secara langsung dipengaruhi oleh Batu Bara, minyak dan seterusnya ke arah pembangkit tenaga (Vignesh, Abhilasha & Gunasekhar, 2017).

Menyedari kepentingan tersebut, kajian telah dijalankan bagi mewujudkan satu sistem yang mampu menguruskan penggunaan tenaga. Salah satu dari kajian tersebut adalah ‘IoT Based Smart Energy Management System for Smart Home’. Menurut Shamika dan Upasani (2016) sistem pengurusan tenaga untuk rumah pintar telah dibangunkan untuk mengurus tenaga pada setiap tahap dan jenis  peralatan . Jadi untuk ke arah ini, arkitek Sistem Pengurusan Tenaga Rumah Pintar telah dibangunkan (Vinay dan Kusuma, 2015). Menurut Vignesh, Abhilasha dan Gunasekhar (2017) penyelidikan juga telah dijalankan ke arah Sistem Kawalan dan Pemantauan Rumah Pintar menggunakan IoT, di mana GUI mesra pengguna telah dibangunkan yang boleh diakses secara global dari mana-mana peranti yang mempunyai sambungan internet (Abhijeet, Onkar, Vinayak dan Bushan, 2016). Kini telah banyak produk keluaran IoT yang menjimatkan penggunaan tenaga dipasaran global. Sebagai contoh pengecas solar keluaran Poweradd dapat menggunakan tenaga dari matahari bagi kegunaan alat elektronik seperti IPod, kamera digital, PDA dan kebiasaannya peranti yang mempunyai port USB. Pengecas Solar akan diletakkan pada kawasan yang cerah atau terkena cahaya matahari diwaktu pagi sehingga bateri didalam peranti pengecas solar akan dicas sepenuhnya pada waktu petang untuk sedia digunakan.

Image result for pengecas solar poweradd
Contoh produk pengecas solar keluaran jenama Poweradd

No comments:

Post a Comment