(Sumber: Google Internet)
Pelbagai macam implementasi IoT yang boleh
kita aplikasikan dalam kehidupan sehari-hari kita. Bahkan beberapa mungkin
telah kita lakukan, hanya saja tidak terpikir bahawa itu adalah sebahagian dari
IoT. Berikut ini adalah beberapa manfaat IoT dalam beberapa bidang, yakni :
- Pemantauan Alam Sekitar (Environmental Monitoring)
Aplikasi pemantauan alam sekitar
menggunakan teknologi IoT yang menggunakan sensor khas untuk mengawasi alam
sekitar dengan memantau kualiti udara dan air, keadaan atmosfera atau tanah,
dan meninjau dan merekodkan pergerakan binatang liar dan habitatnya.
Pembangunan peranti yang dihubungkan dengan Internet ini membolehkan lain-lain
aplikasi seperti sistem amaran awal gempa bumi atau tsunami berhubung dengan
perkhidmatan kecemasan untuk memberi bantuan yang lebih efektif. Peranti IoT
perlu diletakkan di kawasan yang luas dan boleh dipindah dengan mudah.
Salah satu contoh peranti IoT, Blossom,
menawarkan sistem penyiraman cerdas yang menggunakan data cuaca tepat masa dan
ramalan untuk membuat jadual penyiraman yang optimum untuk halaman anda.
- Pengurusan Infrastruktur (Infrastructure Management)
Operasi memantau dan mengawal infrastruktur
di kawasan bandar dan luar bandar seperti jambatan, trek kereta api, dan kincir
angin merupakan fungsi utama aplikasi IoT. Aplikasi infrastruktur IoT digunakan
untuk memantau sebarang perubahan struktur yang melibatkan ketidakselamatan dan
mengakibatkan risiko kepada persekitarannya. Ia juga membolehkan penyediaan
penyelenggaraan berkala dengan cekap hasil koordinasi antara pembekal
perkhidmatan dan pengguna. Peranti IoT ini digunakan untuk mengawal
infrastruktur yang kritikal seperti jambatan yang menghalang laluan kepada
kapal besar. Kegunaan peranti IoT diperlukan untuk memantau operasi
infrastruktur bagi meningkatkan pengurusan kemalangan dan mengkoordinasi
tindakan yang perlu kepada tindak balas kecemasan, dan menjamin perkhidmatan
berkualiti kepada infrastruktur tersebut.
- Aplikasi Perindustrian (Industrial Applications)
Bagi industri peruncitan dan pengurusan bekalan, industri ini adalah antara yang pertama
dibuat secara “smart“. Digabungkan teknik pengiklanan berasaskan jarak dekat
bersama Beacons dan teknologi pengurusan inventori pintar yang digunakan di
Amazon Go no store checkout. Teknologi ini menggunakan Perkomputeran bervisi
dalam gabungan algorithma (Deep Algorithm) dan sensor. Memudahkan sistem jualan
dan belian di pasaraya tanpa perlu beratur panjang.
Walau bagaimanapun, penggunaan peranti dan
aplikasi IOT di dalam bidang peruncitan
tidak terhad kepada pengurusan membeli-belah dan retail. Peluang ini juga
terbuka untuk restoran, perhotelan, dan perniagaan lain untuk menguruskan
bekalan mereka dan menghasilkan manfaat yang lebih besar di masa akan datang.
Selain itu juga, kawalan rangkaian dan
pengurusan peralatan perindustrian, aset dan pengurusan situasi atau kawalan
proses perkilangan menggunakan teknologi IoT sebagai aplikasi industri dan
perkilangan pintar. Sistem pintar (intelligent systems) IoT membolehkan penghasilan
pengeluaran produk baru, tindak balas yang dinamik kepada permintaan produk,
dan mengoptimumkan masa sebenar (real-time) pengeluaran dengan merangkaikan
mesin, sensor dan sistem dalam meningkatkan pengeluaran yang lebih produktif.
Sistem kawalan digital dibangunkan untuk mengawal proses secara automatik, dan
sistem operator dan maklumat perkhidmatan pula untuk optimumkan keselamatan
bangunan yang dimanfaatkan daripada teknologi IoT. Malah, ia dipertingkatkan
sehingga sistem-sistem ini boleh mengurus aset melalui penyelenggaraan yang
dijangka, penilaian statistik dan mengukur kepada kebolehpercayaan
(measurements to maximize reliability) sesebuah bangunan untuk beroperasi
seperti yang diharapkan (contohnya: sistem berupaya bertindak menghubungi pihak
bomba jika terdapat kebakaran). Sistem pintar pengurusan industri juga boleh diintegrasi dengan Smart Grid, iaitu mengoptimumkan tenaga secara masa sebenar
(real-time energy optimization). Pengurusan pengukuran, kawalan secara
automatik, mengoptimumkan kecekapan loji, kesihatan dan keselamatan, dan
lain-lain fungsi yang dikawal oleh sensor dalam satu rangkaian yang besar.
Contohnya; loji penjana kuasa boleh memperuntukkan sejumlah tenaga elektrik
mengikut keperluan sesebuah kawasan berdasarkan data yang diperoleh dari sistem
yang dipasang dalam bangunan kawasan tersebut.
- Pengurusan Tenaga (Energy Management)
Integrasi antara sistem yang bersambung
kepada Internet, mengoptimumkan penggunaan tenaga Bil. 44/2014 55 secara
keseluruhannya. Peranti IoT diperlukan untuk mengintegrasikan semua peranti
yang berkaitan dengan tenaga (papan suis, outlet kuasa, lampu, televisyen, dan
lain-lain) dan boleh berkomunikasi dengan syarikat yang membekalkan utiliti
tersebut supaya membolehkan mereka mengimbangkan penawaran pengeluaran tenaga
dengan lebih berkesan. Integrasi peranti melalui IoT ini memberi peluang kepada
pengguna mengawal peranti mereka secara jarak jauh atau secara berpusat melalui
teknologi cloud dan mempunyai fungsi menjadualkan aktiviti seperti menghidupkan
dan mematikan sistem pemanasan atau penyejukan secara jarak jauh, mengawal
ketuhar, menukar pencahayaan lampu dan sebagainya. Malah, terdapat sistem yang
telah digunakan untuk mengawal aktiviti tenaga di kedai elektrik telah berada
di pasaran seperti Belkin's WeMo dan Ambery Remote Power Switch.
Wemo Switch Smart Plug
- Sistem Perubatan dan Kesihatan (Medical and Healthcare Systems)
Peranti IoT boleh digunakan untuk sistem pemantauan
kesihatan dan menghantar notifikasi kecemasan secara
jarak jauh. Peranti pemantauan kesihatan boleh memantau
tekanan darah, tekanan jantung dan lain-lain. Ia boleh
diguna pakai oleh semua yang memerlukannya terutama
warga emas yang biasanya mengalami masalah jantung,
pendengaran dan darah tinggi. Ini membolehkan
pemantauan dan penjagaan yang sempurna dibuat serta
membantu mereka yang hilang upaya melalui jadual terapi
berkala. Alatan lain yang sesuai untuk meningkatkan tahap
kesihatan pengguna adalah alat memantau degupan
jantung.
- Automasi Bangunan dan Rumah (Building and Home Automation)
Peranti IoT digunakan untuk memantau dan mengawal
sistem mekanikal, elektrik dan elektronik yang digunakan
dalam bangunan dan rumah. Sistem automasi ini boleh
mengawal lampu, alat pemanas, pengudaraan, penghawa
dingin, peralatan elektrik, sistem komunikasi (radio/
televisyen), hiburan dan penggera. Ia bermanfaat untuk
menambahbaikkan kemudahan, keselesaan, penggunaan
kecekapan tenaga dan tahap keselamatan di rumah dan
bangunan tersebut.
- Sistem Pengangkutan (Transport Systems)
IoT boleh membantu untuk mengintegrasikan komunikasi,
kawalan dan pemprosesan maklumat melalui pelbagai
sistem pengangkutan. Aplikasi IoT untuk semua sistem
pengangkutan seperti kenderaan, infrastruktur dan
pemandu atau pengguna. Interaksi dinamik antara semua
komponen dalam sistem pengangkutan membolehkan
komunikasi antara dan dalam kenderaan (inter and intra
vehicular communication), kawalan trafik pintar, parkir
pintar, sistem pungutan tol elektronik, pengurusan logistik
dan fasiliti, mengawal kenderaan dan keselamatan serta
bantuan jalan raya.
Aplikasi BMW i Remote untuk smartwatch
Samsung Gear mempunyai fungsi aplikasi jauh untuk BMW yang akan membolehkan
pemandu i3 dan i8 menyemak sistem status kereta, mengecas status dan
mengaktifkan sistem iklim kereta.
No comments:
Post a Comment