(Sumber : Google Images)
Internet of Things (IoT), topik ini semakin popular di zaman kepesatan teknologi sekarang. Sana-sini orang bercakap tentang IoT.
Ia adalah satu konsep di mana
peralatan, mesin, sensor dan peranti dihubungkan dengan internet dan berlaku
pengumpulan dan perpindahan data menerusi rangkaian. Internet of Things (IoT)
mencipta kecerdikan, rangkaian yang boleh mengesan, mengawal dan memprogram
dengan sendirinya. IoT membolehkan peranti/peralatan komputer menggunakan
teknologi yang ada padanya yang membenarkan mereka berkomunikasi secara
langsung atau tidak langsung atau melalui Internet.
Internet of Things atau lebih dikenali
dengan singkatan nama IoT adalah sebuah konsep dimana ia dibangunkan bagi
tujuan memperluaskan lagi penggunaan dan manfaat penyambungan internet secara
terus menerus. IoT menurut Wikipedia adalah rangkaian peranti fizikal,
kenderaan, dan barangan lain yang dibenamkan dengan elektronik, perisian,
sensor, penggerak, dan sambungan rangkaian yang membolehkan objek-objek ini
untuk mengumpul dan menukar data. Menurut (Burange & Misalkar, 2015)
Internet of Things (IoT) adalah struktur di mana objek, orang disediakan dengan
identiti eksklusif dan kemampuan untuk pindah data melalui jaringan tanpa
memerlukan dua arah antara manusia ke manusia iaitu sumber ke tujuan atau
interaksi manusia ke komputer. Menurut Keoh (2014), IoT merupakan perkembangan
keilmuan yang sangat menjanjikan untuk mengoptimalkan kehidupan berdasarkan
sensor cerdas dan peralatan pintar yang bekerjasama melalui jaringan internet.
IoT secara ringkasnya merupakan
lanjutan daripada teknologi Internet masa kini. Era digital ini membolehkan
interaksi berlaku antara manusia dengan mesin/komputer (human-to-machine),
mesin dengan manusia (machine-to-human) atau mesin dengan mesin (machine-to-machine).
Tanpa disedari, kita secara tidak langsung terlibat dengan IoT dalam
menjalankan aktiviti harian kita. Jika di pejabat, sistem perakaunan
berinteraksi dengan sistem sumber manusia, jika di rumah, anak-anak bermain
permainan komputer secara dalam talian dengan rakan dari tempat yang lain, jika
di kedai, peniaga boleh menempah barangan secara dalam talian dan sebagainya.
Contoh lain pula, data yang diambil oleh beberapa CCTV di lebuh raya dimuat
naik ke pelayan (server) komputer dan digunakan untuk dipaparkan di papan tanda
digital yang terdapat lebuh raya atau telefon bimbit pengguna untuk memaklumkan
situasi terkini lebuh raya. Ini adalah permulaan apabila kita melihat “things”
akan berinteraksi sesama sendiri tanpa campur tangan manusia.
Senario ini telah berlaku kini apabila kita melalui sesuatu kawasan, kita akan menerima mesej di telefon bimbit daripada syarikat telekomunikasi untuk memberitahu kemudahan seperti stesen minyak, rumah rehat, restoran makan segera dan sebagainya yang ada berhampiran dengan laluan kita. Kita juga boleh memuat turun aplikasi Waze untuk melihat apa kemudahan atau perkara yang ada sepanjang perjalanan kita. Waze dapat memberi info jika ada kesesakan jalan raya, kemalangan, sekatan jalan raya dan akan menunjukkan jalan yang paling selamat untuk dilalui.
Senario ini telah berlaku kini apabila kita melalui sesuatu kawasan, kita akan menerima mesej di telefon bimbit daripada syarikat telekomunikasi untuk memberitahu kemudahan seperti stesen minyak, rumah rehat, restoran makan segera dan sebagainya yang ada berhampiran dengan laluan kita. Kita juga boleh memuat turun aplikasi Waze untuk melihat apa kemudahan atau perkara yang ada sepanjang perjalanan kita. Waze dapat memberi info jika ada kesesakan jalan raya, kemalangan, sekatan jalan raya dan akan menunjukkan jalan yang paling selamat untuk dilalui.
Di samping itu, IoT merupakan suatu
senario yang membolehkan kita melihat “things” atau peranti atau gajet
berhubung antara satu dengan yang lain tanpa campur tangan manusia. Contohnya,
sensor yang dipasang pada kereta atau pintu pagar rumah bertindak menghantar
amaran (alert) ke telefon bimbit kita sekiranya pintu tidak berkunci.
Menarik penjelasan ni,terima kasih
ReplyDelete